+609 553 5555         bpi@uniqsaas.edu.my

Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

KUANTAN, 8 Februari 2026 – Penerbit UnIPSAS telah mengadakan Bengkel Penyuntingan Buku pada 7-8 Februari 2026 yang lalu. YBrs. Profesor Madya Dr Norahida binti Mohamed (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi) turut serta dalam bengkel ini dan telah menyampaikan kata alu-aluan serta merasmikan sesi penutup bengkel ini.

Objektif Bengkel Penyuntingan Buku ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep dan proses penyuntingan buku disamping meningkatkan kemahiran bahasa dan gaya penulisan penyuntingan dalam masa yang sama memberi latihan praktikal menggunakan teknik dan etika penyuntingan buku.
Penerbit UnIPSAS telah menjemput penceramah luar iaitu YBhg. Encik Muhammad Azli bin Shukri (Pegawai Tadbir Kanan, Penerbit Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Kuantan) bagi mengisi slot utama kepada para pensyarah yang terlibat sebagai peserta bengkel yang diadakan di DSH Banquet Hall Hotel, Kuantan.

Bimbingan secara terus daripada penceramah jemputan memberi impak kepada para peserta dari awal sehingga mencapai matlamat penganjuran bengkel ini sebagai langkah proaktif dalam penghasilan buku yang berkualiti sebagai editor buku di Penerbit. Bengkel ini melibatkan dua puluh lima orang peserta yang terdiri daripada pensyarah yang mewakili Fakulti Dakwah, Pendidikan dan Peradaban Islam (FDPPI), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Fakulti Pengurusan dan Informatik (FMI), Fakulti Pengajian Bahasa dan Asasi (FOLAPS) dan Akademi Pengajian Quran dan Sunnah (AQS).

Semoga bengkel seperti ini melahirkan editor yang profesionalisme dalam kalangan pensyarah.

Loading...